Panduan digital anda, tersusun dalam satu rak
SoPan jual panduan dan modul digital. Lepas beli, semuanya masuk ke Kelas Saya, library anda sendiri. Buka di telefon dan baca bila-bila masa.
Dah beli? Masuk dengan email yang anda guna masa membeli.
Masuk ke Kelas Saya dalam satu minit
Tak perlu password, tak perlu download app. Anda cuma perlu email yang anda guna masa membeli.
- 1
Buka app.staging.sopan.my
Taip alamat ni dalam browser, di telefon atau komputer.
- 2
Taip email anda
Guna email yang sama masa anda membeli. Semua produk anda tersimpan pada email tu.
- 3
Masukkan kod 6 digit
Kami email kod 6 digit kepada anda. Kod tu boleh guna 10 minit. Atau terus masuk dengan akaun Google.
Buka dari Facebook atau Instagram? Butang Google tak keluar di situ, jadi guna kod email.
Baru lepas beli? Butang dalam email akses kami bawa anda terus masuk, tak perlu kod.
Masuk sekarangKalau anda masuk dengan Google, kami guna maklumat asas akaun Google anda (nama, email, gambar profil) untuk kenal akaun anda dan bawa anda masuk. Kami tak guna untuk ads. Lihat notis privasi
Apa yang anda dapat lepas beli
Baca terus di telefon
Modul dibuka dalam browser. Tak perlu install apa-apa app.
Semua pembelian di satu tempat
Setiap produk yang anda beli masuk ke Kelas Saya, sekali dengan resitnya. Kalau produk tu ada PDF, anda download dari situ.
Sambung dari tempat anda berhenti
Halaman yang anda dah baca dan checklist yang anda dah tick tersimpan dalam akaun anda.
Akses tak ada tarikh tamat
Tak ada langganan bulanan. Sekali beli, anda boleh buka semula bila-bila masa.
Program afiliat
Suka apa yang anda beli? Kongsi dan dapat komisen.
Program afiliat kami untuk pembeli. Sertai dari tab Afiliat dalam Kelas Saya, lepas tu kongsi link produk yang anda dah beli dengan kawan atau followers anda.
Komisen bermula 50% dari apa yang pembeli bayar, dan boleh naik sampai 70%.